Saturday, October 8, 2011

DIA ... buat seorang insan

dulu 
hatinya robek dek seorang lelaki
dikata dia yang tak setia
dikata dia yang tak mampu untuk mencinta
kecewanya dia 
tapi segalanya diterima
kerana dia tahu kebenarannya

bukan pintanya dia 
bukan salahnya dia
tapi mengapa
hinaan dan celaan yang diterima
sedangkan
bukan dia yang dustakan cinta

tapi
tabahnya dia
segalanya dia terima
tapi sayang 
kini tertutup rapat hatinya

namun hadir seorang arjuna 
yang berjaya memujuk hatinya dia
terbuka sudah hatinya kini

mulanya 
dia tak percaya 
namun 
si rangga bijak mencuri hatinya
dipujanya dia
disayangi dia
dijaganya dia

semuanya tak semudah yang disangka
dia bijak menyembunyikan sesuatu
sesuatu yang rangga tidak tahu
bukan niatnya
bukan hasratnya
tidak pernah terlintas di benaknya
mempermainkan cinta si rangga
malah dia amat menyayanginya
namun segalanya dibiar rahsia

kini rangga menuntut cinta yang telah lama dikunci
bukan niatnya
menangguh cinta yang hadir
hanya kerana pengalaman
yang membuat dia tak keruan
namun kerana kasih
si rangga tetap menunggu setia

saat ini
dia merintih menangisi
pemergian sekeping hati
bukan pintanya dia
bukan mahunya dia
apa yang dia inginkan
cuma sekelumit rasa cinta

saat ini
dia sendiri lagi
sepi bertemankan lara di kala ini
tak dia duga
tak dia sangka
benarlah kata pujangga
TAK ADA YANG KEKAL LAMA

No comments:

Post a Comment